Monday, 14 March 2011

CERITA JE...TETAPI ADA YANG TERSIRAT..

teringat tentang cerita ni...mungkin ada yang sudah membacanya..tetapi kalau dah baca pun bacala sekali lagi..hehe

APA BEZA RM50 DAN RM 1.00??(tentulah nilainya..)
 cerita bermula....
duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit;
duit seringgit bertanya :
"oit lama tak nampak mana kau pergi?
duit lima puluh ringgit pun menjawab:
" aku pergi merata tempat..pergi stadium tengok bola,,naik STAR cruise,pergi kota kinabalu naik Air Asia, lepak di One Utama,tengok AF,Malaysia idol, tempat tempat macam tulah,..eh kau macam mana pula?
duit seringgit pula mejawab seraya menunduk:
"hem....biasalah..balik balik tempat yang sama...MASJID....SURAU..MASJID....SURAU...


p/s= betulkah nilai wang seringgit hanya disurau atau masjid sahaja? kalu takda seringgit mesti x cukup lima ringgit. apa pun nilai tersebut yang penting KEIKHLASAN. kalau memberi banyak,hanya untuk menunjuk-nunjuk pun tak berguna..tetapi kalu ada apa salahnya memberikan lebih untuk membantu kejalan kebajikan...

SEMUANYA TENTANG WANG SERINGGIT..

RAHSIA WANG SERINGGIT??? MENARIK.. :) 

>amalan satu per sepuluh<
haa..tahu maksudnya??..okay..ini amalan belanjawan kita semua dalam sehari-hari..macam kalau kita ada duit RM1.00,kemudian kita simpan 10 sen hanya guna 90sen yang lebih tu.. tiap kali kita nak beli apa-apa simpan 10%..tak kiralah duit tu duit gaji ke,duit untung ke,tak kisahla,,! yang penting simpan dekat tempat yang selamat dan berhenti pikir pasal duit 10sen tu!! nak tahu sebab apa??..takut la satu hari nanti..tangan kita menggatal nak ambil duit 10sen yang dah jadi banyak tu..dah tiap tiap hari kita belanja dah tak sedar duit 10sen tu bertambah banyak,ingat "satu per sepuluh'!!

samalah macam  kalau kita ada  RM1 JUTA,simpan 10% je pun..90% lagi banyak kan? kalau guna semua duit tu,lama kelamaan habis juga kan..tapi kalau amalkan tabiat ni tentu terjamin...

Tuesday, 1 March 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAD KEREDIT:



 Sejak akhir akhir ini penggunaan kad kredit didapati semakin popular dikalangan masyarakat zaman kini khususnya ahli peniagaan.Terdapat faedah yang baik sekiranya kita menggunakan kad kredit.salah satu faktornya ialah mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.Bagi sesetengah pengguna, mereka merasa bahawa membawa wang tunai adalah satu beban. selain itu, kebanyakan masyarakat tidak perlu menukar mata wang ketika berada di negara lain.hal ini demikian bagi pemegang kad kredit kerana pertukaran mata wang asing akan dilakukan secara automatik sekiranya kad kredit digunakan.

 Dalam keadaan ekonomi yang meleset boleh  menyebabkan kad kredit membawa keburukan. Apabila api itu kecil ia akan menjadi kawan, apabila api menjadi besar ia akan menjadi lawan. kad kredit akan menyebabkan terbentuknya budaya hutang. jika berhutang perlulah bayar ..jika bertangguh membuatkan pengguna kena denda atau disaman...Marilah kita menjadi insan yang bijak menguruskan wang..

~tepuk dada tanya iman~

Wednesday, 23 February 2011

PENGURUSAN WANG RINGGIT ANDA SECARA EFEKTIF.

Ramai orang mengambil ringan dan mengambil mudah tentang pengurusan kewangan yang baik.
sebenarnya pengurusan kewangan amat penting.cara menyimpanya juga ada pelbagai cara yang perlu kita faham dan ambil berat,agar simpanan dapat dimaksimumkan.

~1~menentukan matlamat kewangan anda.
~2~menjejaki kemana perginya wang anda.
~3~menilai cara anda berbelanja.
~4~menulis rancangan perbelanjaan anda.