Wednesday 16 March 2011

MEREKA YANG GAGAL MERANCANG,,ADALAH MEREKA YANG MERANCANG UNTUK GAGAL...

6 PROSES PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI ANDA..



(1)..Menilai kedudukan kewangan peribadi anda

(2)   ..Menetapkan matlamat kewangan peribadi anda

(3)..menentukan tindakan yang perlu diambil
         ~pelan belanjawan dan pembelanjaan
         ~menjejak aliran wang tunai

(4)..menilai alternatif yang akan memenuhi matlamat kewangan anda
         ~mengetahui keperluan dan kehendak anda
         ~membuat pilihan gantian
        ~menangguh keputusan

(5)..mewujudkan pelan kewangan anda dan melaksanakanya


(6)..menkaji semula dan menyemak pelan kewangan anda

JIMAT!! JIMAT!! JIMAT!!

Sekarang ni ekonomi pun meleset, harga barang naik...sebagai pengguna kenalah jimat! yela..nanti poket kering baru nak kelam kabut..



Ada beberapa tips untuk jimat duit anda!



(1) Kalau nak beli barang tu,beli la pada HARGA BORONG kan murah?
  
 barang borong banyak terdapat di pasaraya..contohnya dekat tesco, mydin, carefour,econsave atau mana mana pasaraya bagi produk yang lebih murah,,,kalau beli dikedai runcit memangla boleh, tetapi rugilah tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding dipasaraya yang menyediakan banyak manfaat..
jadilah pengguna yang bijak!




(2)  Jangan malas!! MASAK DAN MAKAN DIRUMAH kan jimat?
inilah salah satu cara nak jimat duit...kalau teh dekat luar sana jual RM1.00 kalau buat dekat rumah tak sampai 40sen je segelas! begitu juga dengan lain lain mcm makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah..




(3)   JIMAT PETROL!
petrol sekarang ni dah naik harga! tetapi pengguna kereta dan motor  kena tetap beli jugak yela! kalau tak beli nak ganti petrol dengan apa?? air???..nak buat macam mana kita kenala jimat...
elakkan letak barang berat dalam kereta setiap hari..setiap barang yang diletakkan 10 kg boleh memberi kesan dalam pengggunaan petrol..

(4)  paling penting sekali! BERHENTI MEROKOK! bahaya!! rugi!!
jika seseorang itu merokok, sehari dalam sekotak x kisahlah! kalau sebulan dah RM150,,, setahun dah boleh capai RM1800 tak ke boleh pergi melancong dengan duit tu! cuti cuti malaysia lagi! pikir pikirkanla....

Berharap tips diatas dapat membantu anda..

P/S= ada banyak lagi cara untuk jimatkan duit anda daripada dibazirkan begitu sahaja ia, bertitik tolak daripada kesedaran dan perancangan wang yang teliti...walau apapun,rancanglah perbelanjaan anda dengan rasional untuk menjadi masyarakat yang celik terhadap wang..teliti setiap aliran masuk dan keluar, adakah ia memenuhi bajet dan keperluan kita setiap hari???