Sunday, 13 November 2011

hehehe...niey blog aku yg punyeeeee.... :P

nape tjok aku cm tuu?..sbbnye sblom niey aku wt blog niey untuk msok pertandingan...bytheway da  abeh dah... so ape kate aku jdikan blog niey sdiri pnye...mls la nk wt blog bru..kui3


first post...is.............about me~
call me> zaleha,
form 4 ~(mimpila ko! nk msok form 5 da..)
live at btu gajah
smk tiwa
bakal spm cadidate!
haktuiih!
x tw ape function blog niey...
*merepek dah*

Wednesday, 16 March 2011

MEREKA YANG GAGAL MERANCANG,,ADALAH MEREKA YANG MERANCANG UNTUK GAGAL...

6 PROSES PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI ANDA..



(1)..Menilai kedudukan kewangan peribadi anda

(2)   ..Menetapkan matlamat kewangan peribadi anda

(3)..menentukan tindakan yang perlu diambil
         ~pelan belanjawan dan pembelanjaan
         ~menjejak aliran wang tunai

(4)..menilai alternatif yang akan memenuhi matlamat kewangan anda
         ~mengetahui keperluan dan kehendak anda
         ~membuat pilihan gantian
        ~menangguh keputusan

(5)..mewujudkan pelan kewangan anda dan melaksanakanya


(6)..menkaji semula dan menyemak pelan kewangan anda

JIMAT!! JIMAT!! JIMAT!!

Sekarang ni ekonomi pun meleset, harga barang naik...sebagai pengguna kenalah jimat! yela..nanti poket kering baru nak kelam kabut..



Ada beberapa tips untuk jimat duit anda!



(1) Kalau nak beli barang tu,beli la pada HARGA BORONG kan murah?
  
 barang borong banyak terdapat di pasaraya..contohnya dekat tesco, mydin, carefour,econsave atau mana mana pasaraya bagi produk yang lebih murah,,,kalau beli dikedai runcit memangla boleh, tetapi rugilah tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding dipasaraya yang menyediakan banyak manfaat..
jadilah pengguna yang bijak!




(2)  Jangan malas!! MASAK DAN MAKAN DIRUMAH kan jimat?
inilah salah satu cara nak jimat duit...kalau teh dekat luar sana jual RM1.00 kalau buat dekat rumah tak sampai 40sen je segelas! begitu juga dengan lain lain mcm makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah..




(3)   JIMAT PETROL!
petrol sekarang ni dah naik harga! tetapi pengguna kereta dan motor  kena tetap beli jugak yela! kalau tak beli nak ganti petrol dengan apa?? air???..nak buat macam mana kita kenala jimat...
elakkan letak barang berat dalam kereta setiap hari..setiap barang yang diletakkan 10 kg boleh memberi kesan dalam pengggunaan petrol..

(4)  paling penting sekali! BERHENTI MEROKOK! bahaya!! rugi!!
jika seseorang itu merokok, sehari dalam sekotak x kisahlah! kalau sebulan dah RM150,,, setahun dah boleh capai RM1800 tak ke boleh pergi melancong dengan duit tu! cuti cuti malaysia lagi! pikir pikirkanla....

Berharap tips diatas dapat membantu anda..

P/S= ada banyak lagi cara untuk jimatkan duit anda daripada dibazirkan begitu sahaja ia, bertitik tolak daripada kesedaran dan perancangan wang yang teliti...walau apapun,rancanglah perbelanjaan anda dengan rasional untuk menjadi masyarakat yang celik terhadap wang..teliti setiap aliran masuk dan keluar, adakah ia memenuhi bajet dan keperluan kita setiap hari???
   

Tuesday, 15 March 2011

DUIT PALSU RM50!!! AWAS!

Malaysia baru mengeluarkan duit baru RM50 sempena hari raya 2009..tak lah disangka cepat sekali mereka yang tak bertanggungjawab menciplak dan membuat duit palsu..mereka ini mengambil kesempatan tentang kedaifan sesetengah rakyat malaysia yang tak pernah jumpa dah lihat duit baru ni..jadi saya ambil kesempatan ini untuk menasihati diri sendiri dan anda semua supaya berhati hati apabila terjumpa dengan wang RM50. Bagaimana nak mengenali wang palsu ni?? sila lihat di bawah apa yang korang rasa??????????

Monday, 14 March 2011

CERITA JE...TETAPI ADA YANG TERSIRAT..

teringat tentang cerita ni...mungkin ada yang sudah membacanya..tetapi kalau dah baca pun bacala sekali lagi..hehe

APA BEZA RM50 DAN RM 1.00??(tentulah nilainya..)
 cerita bermula....
duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit;
duit seringgit bertanya :
"oit lama tak nampak mana kau pergi?
duit lima puluh ringgit pun menjawab:
" aku pergi merata tempat..pergi stadium tengok bola,,naik STAR cruise,pergi kota kinabalu naik Air Asia, lepak di One Utama,tengok AF,Malaysia idol, tempat tempat macam tulah,..eh kau macam mana pula?
duit seringgit pula mejawab seraya menunduk:
"hem....biasalah..balik balik tempat yang sama...MASJID....SURAU..MASJID....SURAU...


p/s= betulkah nilai wang seringgit hanya disurau atau masjid sahaja? kalu takda seringgit mesti x cukup lima ringgit. apa pun nilai tersebut yang penting KEIKHLASAN. kalau memberi banyak,hanya untuk menunjuk-nunjuk pun tak berguna..tetapi kalu ada apa salahnya memberikan lebih untuk membantu kejalan kebajikan...

SEMUANYA TENTANG WANG SERINGGIT..

RAHSIA WANG SERINGGIT??? MENARIK.. :) 

>amalan satu per sepuluh<
haa..tahu maksudnya??..okay..ini amalan belanjawan kita semua dalam sehari-hari..macam kalau kita ada duit RM1.00,kemudian kita simpan 10 sen hanya guna 90sen yang lebih tu.. tiap kali kita nak beli apa-apa simpan 10%..tak kiralah duit tu duit gaji ke,duit untung ke,tak kisahla,,! yang penting simpan dekat tempat yang selamat dan berhenti pikir pasal duit 10sen tu!! nak tahu sebab apa??..takut la satu hari nanti..tangan kita menggatal nak ambil duit 10sen yang dah jadi banyak tu..dah tiap tiap hari kita belanja dah tak sedar duit 10sen tu bertambah banyak,ingat "satu per sepuluh'!!

samalah macam  kalau kita ada  RM1 JUTA,simpan 10% je pun..90% lagi banyak kan? kalau guna semua duit tu,lama kelamaan habis juga kan..tapi kalau amalkan tabiat ni tentu terjamin...

Tuesday, 1 March 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAD KEREDIT:



 Sejak akhir akhir ini penggunaan kad kredit didapati semakin popular dikalangan masyarakat zaman kini khususnya ahli peniagaan.Terdapat faedah yang baik sekiranya kita menggunakan kad kredit.salah satu faktornya ialah mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.Bagi sesetengah pengguna, mereka merasa bahawa membawa wang tunai adalah satu beban. selain itu, kebanyakan masyarakat tidak perlu menukar mata wang ketika berada di negara lain.hal ini demikian bagi pemegang kad kredit kerana pertukaran mata wang asing akan dilakukan secara automatik sekiranya kad kredit digunakan.

 Dalam keadaan ekonomi yang meleset boleh  menyebabkan kad kredit membawa keburukan. Apabila api itu kecil ia akan menjadi kawan, apabila api menjadi besar ia akan menjadi lawan. kad kredit akan menyebabkan terbentuknya budaya hutang. jika berhutang perlulah bayar ..jika bertangguh membuatkan pengguna kena denda atau disaman...Marilah kita menjadi insan yang bijak menguruskan wang..

~tepuk dada tanya iman~